Thursday, 13 November 2014

My Biggest Fear

Hi. it has been a long time since my last post huh. I want to share something but I'm pretty sure many of you know about this already. Have you heard about 'istidraj'?

Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

 Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad)

Bila aku fikir pasal benda ni aku takut sangat. Aku takut sebab aku tak jaga waktu solat aku. Aku takut sebab aku tak jaga aurat aku betul-betul. Aku takut sebab aku tak jaga pergaulan aku dengan lelaki. Aku takut sebab aku jarang luangkan masa aku dengan Allah.

Tapi.....

Allah bagi aku apa yang aku nak. Aku nak result bagus, Allah bagi. Aku nak hidup senang, Allah bagi. Aku nak kawan-kawan yang baik, Allah bagi. Mostly, Allah bagi.

Bila dah banyak kali terfikir pasal ni, aku takut. Sampai satu tahap tu aku dah stop mintak apa-apa untuk diri aku sendiri. Aku just doakan yang baik-baik untuk parents aku, family aku yang aku sayang sangat. Bukan sombong. Bukan tak nak meminta. Tapi aku takut. Usaha tak seberapa, tapi nak mintak Allah makbulkan doa aku.

Sebab tu la aku kadang-kadang rasa tak layak nak dapat yang bagus-bagus ni semua. I just give my best then I let Allah decide. Tipulah kalau aku kata aku tak mengharap, tapi aku tak nak over-hoping sampai bersedih bagai. So please don't compare your life with mine. We really have different ways. If I get something better than you, don't "untunglah kau" me because you don't know how sad I am to know that my friends didn't get the same things as mine. You put me in the very awkward situation. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Why don't we pray for each other? That is way better. Assalamualaikum.









No comments:

Post a Comment